Logo Rasmi PKDK |
Persatuan Kerabat DiRaja Kedah atau ringkasnya PKDK ditubuhkan hasil usaha gigih tiga individu yang menjadi pelopor utama iaitu YTM Dato' Tunku Hamdy Bin Tunku Ahmad Tajuddin Haji, YTM Tuan Syed Idrus Bin Syed Baharom dan YTM Tunku Mansor Bin Tunku Kassim.
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH |
Pada awal tahun 1986, YTM Tunku Hamdy telah pohon mengadap KDYMM Tunku Sultan Kedah untuk mempersembahkan hasrat penubuhan Persatuan Kerabat DiRaja Kedah. Setelah memaklumkan segala hasrat tersebut maka KDYMM Tunku Sultan telah memperkenankan hasrat tersebut dengan harapan setelah penubuhan persatuan tersebut, AJK yang dilantik hendaklah menjaga dan memelihara agar Persatuan Kerabat DiRaja Kedah tidak tergelincir daripada landasan sebenar. KDYMM Tunku Sultan juga bersetuju dikurniakan sebagai Penaung Persatuan Kerabat DiRaja Kedah.
Selepas itu, maka ketiga-tiga nama ini memulakan perjalanan mengorak langkah untuk mengharungi segala pahit dan maung melakukan kerja-kerja mencari ahli-ahli dari rumah ke rumah. Disinilah berlaku banyak percanggahan pendapat tentang penubuhan Persatuan ini. Golongan ahli kerabat yang berada menolaknya atas banyak alasan yang tidak munasabah.
Istana Pelamin |
Pada mereka yang menjalankan kerja sukarela ini, sekiranya tidak tabah dan cekal sudah pasti tidak mahu meneruskannya lagi. Tahun demi tahun berlalu hinggalah pada suatu tarikh iaitu bulan Mei 1996, suatu perjumpaan secara tertutup berlangsung di Istana Pelamin, Alor Setar bagi membincangkan perkara-perkara utama dan penting.
Ahli-ahli yang hadir adalah seperti berikut:
- YTM Tunku Hamdy bin Tunku Ahmad Tajuddin Haji
- YTM Tunku Mahmood bin Tunku Zainal Abidin
- YTM Tuan Syed Idrus bin Syed Baharom
- YTM Tunku Harun bin Tunku Zainol Abidin
- YTM Tunku Habsah binti Tunku Md Jewa
- YTM Tengku Zainol Rashid bin Tunku Yahya
- YTM Tunku Mansor bin Tunku Kassim
- YTM Tunku Bishara Binti Almarhum Sultan Badlishah
- YBHG. Kalsom Malaily binti Hj. Dali
Dalam perbincangan tersebut, ahli-ahli bersetuju melantik AJK Penaja untuk melaksanakan tugas-tugas yang perlu dilakukan. AJK Penaja yang dilantik adalah:
- YTM Tunku Hamdy sebagai Yang DiPertua.
- YTM Tunku Mahmood sebagai Timbalan Yang DiPertua.
- YTM Tuan Syed Idrus sebagai Setiausaha.
- YTM Tunku Mansor sebagai Penolong Setiausaha.
- YTM Tunku Bishara sebagai Bendahari.
- Ahli-ahli yang lain sebagai Jawatankuasa.
Gerak utama adalah untuk mendaftarkan Persatuan ini sebagai Persatuan yang sah disisi undang-undang. Tugas ini telah dipertanggungjawabkan kepada YTM Tuan Syed Idrus sebagai Setiausaha. Beliaulah yang bertanggungjawab dalam membuat dan mengolah undang-undang tubuh Persatuan. Kerja-kerja yang nampak mudah dan senang tetapi hakikatnya adalah rumit kerana Persatuan sentiasa dipanggil oleh pejabat pendaftaran pertubuhan sekiranya ada perkara yang tidak sesuai dipakai. Akhirnya selepas 14 bulan butir-butir pendaftaran dimasukkan barulah ia diluluskan pada tanggal 15 Julai 1997 dengan No. Pendaftaran 122. Maka dengan itu bergeraklah Persatuan Kerabat DiRaja Kedah secara Sah.
0528
ReplyDeleteHow can I become your member?
ReplyDeleteWhere to Bet on Sports To Bet On Sports In Illinois
ReplyDeleteThe best 메이저 토토 사이트 sports bet types wooricasinos.info and gri-go.com bonuses goyangfc.com available in Illinois. The most casinosites.one common sports betting options available. Bet $20, Win $150, Win $100 or