Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T di atas kuasa dan izinNya kerana masih lagi memberi peluang kepada saya untuk terus memimpin Persatuan Kerabat DiRaja Kedah sehingga kini.
Sepanjang memimpin Persatuan Kerabat DiRaja Kedah, banyak pengalaman suka dan duka telah saya tempuhi dalam menaikkan nama dan reputasi Persatuan Kerabat DiRaja Kedah. Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran dan sokongan yang diberikan oleh sekelian Ahli Jawatankuasa Induk sesi 2011 - 2012 serta semua ahli, maka Persatuan Kerabat DiRaja Kedah kian terus berkembang maju dengan jumlah keahlian telah pun mencecah ke angka 650 orang.
Justeru, dengan berkembangnya Persatuan Kerabat DiRaja Kedah, maka akan bertambah banyaklah bantuan serta aktiviti-aktiviti amal yang dapat digerakkan serta diusahakan dari masa ke semasa.
Saya sentiasa berharap agar Persatuan Kerabat DiRaja Kedah akan terus berkembang maju disamping sentiasa aktif dalam menyumbangkan bantuan serta bakti kepada mereka yang memerlukan.
Saya menyeru agar bersama-samalah kita berdoa supaya Persatuan Kerabat DiRaja Kedah akan terus kukuh dan sentiasa gagah berdiri.
Sekian, terima kasih.
"KEDAULATAN DAN KEKELUARGAAN"
Yang Teramat Mulia Dato' Tengku Zainol Rashid Bin Tengku Yahya, DSDK, AMK.
YANG DIPERTUA PERSATUAN KERABAT DIRAJA KEDAH